Tuesday, November 30, 2010

DAKWAH : SUATU KEWAJIBAN

Dakwah  adalah satu usaha untuk mengembalikan  manusia  ke  arah  kebenaran yang hakiki.Maka  perlulah  manusia  yang telah  diberi  nikmat  oleh  Tuhan  Rabbul Jalil  yang  bergelar  muslim  mengerjakan  dakwah  kepada  muslim  yang  lain  dengan mencegah  kemungkaran  serta  menyeru kepada  kebaikan  yang  membawa  kesejahteraan kepada  kehidupan 

  
Persoalan  yang  selalu  dikemukakan oleh orang  yang  berdosa  selalunya  persoalan  tentang  hati  yang  masih tidak  dapat  merasakan  roh  hati yang  sebenar  dalam  kehidupan  mereka  walaupun setelah  beribadat  kepada  tuhan   dengan  bersungguh-sungguh.Persoalannya,  adakah   ibadat  yang  dilakukan itu  mengikut  cara  yang betul  mengikut  syara’.Hal  ini  disebabkan  syarat  suatu  perkara  itu  menjadi  ibadah  ada  dua  syarat  iaitu :
1.ikhlas  kerana  Allah      2. berlandaskan  syara’
Di  samping  itu,kita  perlulah  merenung  diri  kita,  adakah  kita  berdoa  dengan  ikhlas  semasa  kita  memohon    hidayah  kepadaNya.Tambahan  lagi,adakah  kita  selalu  berdoa  ataupun jarang berdoa  kepadaNya.Jadi,kita  perlulah bermuhasabah  diri  kita  sejauh  mana  ketelitian  kita  dalam  beribadah kepadaNya.
Para  pendakwah  mempunyai  satu  tugas  asas  iaitu  membawa manusia  ke  arah jalan kebenaran.  Jadi,  para  pendakwah  perlulah  membimbing  serta  memandu  manusia  kepada  jalan kebenaran  yang  hakiki  berlandaskan  syara’.Oleh  itu,kita  perlulah  membuat  suatu  perancangan  yang  teliti  bagaimana cara untuk  memjalankan  aktiviti  dakwah  yang berkesan.Di  samping  kita beramal  dengan  Al-Quran  dan  Sunnah,kita  perlulah  mengaplikasikannya  dalam  kehidupan  kita bukan  dengan  berhujah  berdasarkan  dalil  yang terdapat  dalam Al-Quran  dan  As-Sunnah  semata-mata.
Wahai  sahabatku,jangan  lupa  akan  kehidupan  kita  yang  hanya  sementara  di  dunia  ini  yang  mana  kita  lupa  semasa  kita  gelak   bersama-sama  kawan-kawan kita , semasa  kita berada  di  dalam  kem  yang  terdedah  kepada  maksiat  yang  memang  melalaikan  dan  membawa  kita ke  arah kemungkaran  tanpa  kita  sedari,  sedang  kita  berseronok  dan  megutuk orang , kita  berasa  diri  kita  tidak  dipimpin oleh iman yang  berada  dalam  hati  kita tetapi semasa  itu  hati  kita dipimpin  oleh  nafsu  yang  selalu  mendesak  manusia  ke  arah  kejahatan.
Adakah  kita  bermuhasabah  diri kita  tentang diri  kita  dan bersedia  untuk  memegang  amanah  sebagai  pendakwah  yang memang  kewajiban  kita  sebagai seorang  muslim  yang mesti  beriman  dan  bertaqwa? Adakah  kita  perlu   berdiam  diri  apabila  kemungkaran  berlaku  di hadapan kita? Bilakah  kita  akan mendapat  kekuatan untuk  mencegah  kemungkaran? Adakah  kita  akan membiarkan  kemungkaran  itu  berlaku  sahaja  tanpa  kita  cegahi dengan  tangan  dan  mencegah  dengan hati  sahaja  dengan  membencinya? Renung-renungkanlah  wahai sahabatku yang  masih  setia  dengan  agama  Islam!  bangkitlah  dengan  semangat  Islam  dan  pemikiran  Islam  yang  sebenar  dan  janganlah  semangat  hanya  bertahan    sekejap  apabila   anda  diuji dengan  rintangan-rintangan  seperti tohmahan  manusia  yang  memang  menyakitkan  hati  para pendakwah.Pedulikan  apa  yang mereka  kata  kerana  apa yang  mereka  katakan  itu kerana  kurang pengetahuan   mereka  dalam kegiatan yang  dilakukan  dalam  perjuangan  kita.

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...