Wednesday, November 24, 2010

MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS

Hidup  kita  tidak selalunya  indah.Hidup  selalu  dibayangi  dengan  ujian  yang  cukup  banyak datang  bertalu-talu tanpa  henti.Tetapi,pabila  melihat  orang soleh dan  yang  berpegang  kuat  terhadap agama  Allah ,pasti kita  melihat  mereka masih boleh  tersenyum  dan menunaikan  solat dengan  sempurna  memohon kepada  ilahi  kecerahan.Maka,  tuhan  memberi  pencerahan kepada  mmereka.Mungkin  beza  antara  muslim  dengan mukmin  ialah  yang  mana mereka  sentiasa  mengingati Allah  di  kala  susah  mahupun senang . Masa  kita   senang, kita  lupa pada  Allah  tetapi semasa  kita susah  baru nak mengingati Allah.Tetapi  orang mukmin  yang  sejati ,mereka mengingati  Allah  setiap  masa.

Orang  mukmin,mereka  akan  melakukan ibadat  dengan  istiqamah  di  kala mereka  senang mahupun  susah.Kita  sering alpa  dengan  nikmat  yang dikurniakan kepada  kita  dan  terus  alpa,leka,lupa  dan  lalai  dengan  apa  yang  kita miliki.Kita  berasa  bangga  dengan  ilmu  dan  harta  kita  yang kita  miliki.

Oh,betapa  ruginya  kita  melupai  Allah  dengan  berbangga  dengan  apa yang  kita  miliki.
Sedarlah!Wahai  insan  yang diciptakan  oleh  Allah  yang asalnya  lemah  daripada sebutir sel  yang akhirnya  menjadi  sebuah  makhluk  yang  ingkar terhadap tuhan-Nya.

Sebab  itulah,kita  mesti bermujahadah  atau  dalam  perkataan lain  berjihad  melawan  hawa  nafsu  dan syaitan  iaitu  musuh dalaman  kita  yang  amat  halus bicaranya.Sedarlah  dengan  sesedarnya  bahawa  kita  yang  lemah  perlu  meminta  pertolongan  kepada  tuhan agar diberi  kekuatan  untuk melawan hawa  nafsu  dan  syaitan yang berada   dalam diri  kita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...