Saturday, November 27, 2010

Satu  hari  tiba,

sahabatku bertanya,

adakah  kalau kita  bersyukur,

ikhlas  akan  datang  menyusul,

maksudnya  adakah mereka  akan  seiring,

ku  tanya  seniorku,

mereka  berkata,

ikhlas  itu,

insyallah  akan  datang,

tapi  hanya  Allah  sahaja  yang mengetahuinya,

tetapi  kita beristighfar,

pada  mula  amalan kita,

pada  pertengahannya,

pada pengakhirannya,

itulah  caranya,

bagi  mengistiqamahkan  hati,

dalam  amalan,

ku  bertanya kepada rakanku  pula,

dia  kata  ikhlas itu  luas,

katanya,

definisi  ulama',

melakukan amalan untuk kebahagiaan  akhirat,

ada  juga  ulama  yang  bercanggah  pendapatnya,

katanya,

melakukan  amalan  hanya  untuk  mencari,

serta  mengharapkan  keredhaan  Allah  taala,

ku  merasakan  begitu,

tapi,

ku  teringat  sejarah,

apabila  sahabat  bertanya  kepada junjungan  besar,

apa  maksud  ikhlas,

nabi  tidak mengetahui  jawapannya,

nabi  bertanya  kepada  malaikat,

tetapi malaikat  pun  tidak  mengetahuinya,

lantas  nabi  bertanya  kepada

Allah,

Allah  menyatakan,

ikhlas  adalah  rahsia  daripada  segala  rahsia,

ku  bukan ingin  mempersoalkan,

tetapi  bagiku,

tidak  salah  untuk berpegang kepada  pendapat ulama',

maka,

renungilah,

hayatilah,

fikirkanlah,

ikhlas,

adakah  ia  bertapak  di  hati  kita?

itulah  persoalannya,

tepuk  dada,

tanya  iman,

benarkah  kita,

dalam  amalan

 selama  ini... 


































































































No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...