Tuesday, February 28, 2012

RAKANKU..TERIMALAH..


Selamat Datang...
Assalamualaikum...
Moga Allah merahmati kita semua...
Harap rahmat-Nya sentiasa mengelilingi kita .....
Para pembaca yang dikasihi...
Terimalah..
Khas buat rakanku yang amat memahami..


Selalunya kita menghadapi ujian dalam beberapa siri kehidupan kita..betul atau tidak ? Maka,banyak reaksi yang timbul apabila ujian menimpa kita...memang diakui bahawa kita melakukan pelbagai reaksi seperti..
Add caption
 LOGO BADAR SMKA  KERIAN BATCH 2010/2011


Ya Allah, apa salahku kepada mu ?
(Jawapan iman kita : Memang kita banyak buat salah pun..tidak sedar diri langsung)

Ya Allah. kenapa dia lambat sangat nak mari program baik camni ?
(Jawapan iman kita : Cuba kita kembalikan memori kita bersama jemaah dahulu..adakah kita pernah menyakitkan hati pemimpin kita selama ini dengan melambatkan beberapa pelaksanaan program)


Cukup dua contoh buat renungan walaupun perkara lain boleh menjadi pengajaran kepada kita semua.

Memang secara jujur, berjuang adalah perkara yang amat perit dan sakit  tapi nikmat..betul atau tidak kawanku. Hampir semua perjuangan memerlukan kesakitan.kenikmatan di dunia hanya sekejap  sahaja, wahai rakanku.

Contoh mudah, aku ke program di taiping untuk berjumpa salah seorang ahli tertinggi pimpinan BADAR  sekolah. Tetapi, tunggu punya tunggu. Rakanku amat mengambil berat program itu sehinggakan menunggu ahli pimpinan tertinggi itu  sampai pergi ke sekolah sebanyak 2 kali untuk menjemput beliau. Tetapi memang rezeki kami,ujian datang bertalu-talu maka tidaklah dijumpai orang yang dicari.Malahan mendapat berita oleh seorang rakan bahawa beliau telah keluar ke taiping sejak pada pukul 8 pagi lagi.Sedangkan tempat perjumpaan di masjid taiping.Dekatlah kalau ikut logik sebab dia pergi naik bas dan pergi ke pekan lah untuk menghadiri program.Maka,kami berdua (ana dan rakan setia dalam perjuangan BADAR),pun tunggu dengan berbual sementara menunggu beliau datang ke masjid taiping. Senang cerita macam usrah lah perkara ni.Tapi isunya adalah pengurusan BADAR yang lebih efektif lah  di sekolah masing-masing.

Walau disakiti dengan agak pedih kan..tetapi bagiku lumrah brother and sister kan..sbb walau jauh tempat ku dan tempat dia..apa gunanya aku merungut..paling kurang ,aku dah cuba mencari redha Allah dengan menempuh jalan dakwah..Maka,rakan seperjuangan pun memulakan rancangannya untuk memujuk..(mula dah...,kata hatiku)..dah jangka dah..memang pun..
JALAN DAKWAH PENUH DENGAN CABARAN
 
Dia pun memulakan bicara,
"enta,jom pergi rumah ana lah"
"ataupun kita pergi mandi dulu di air terjun"

Ana pun mulalah menjawab,
"minta maaflah enta,ana tidak bawa baju lebih nak mandi lah"
(mula dah ..dia mula memujuk,kata sudut hatiku)

Maka,kami setujulah untuk pergi ke rumah kawan ana tu...
Jeng,jeng...
Hebat juga kawanku ini...
Nampak gah sebenarnya kawanku seorang ni...
aku amat menghormatinya..
dulu,bila minta kongsi pendapat..
tidak banyak berkongsi..
sekarang, bila jumpa balik..
wah,wah, memang hebat pun..
tambah ambil STAM kan..
memang akan menjadi orang hebat kan..
nanti nak gi Al-Azhar kan..
perjalanan dakwah masih jauh,rakanku...

Jadi,start lah enjin motor gi rumah dia..
memang seronok..nampak hidup sederhana..
tapi rumah ini hidup penuh dengan kasih sayang..
kerna apabila ibu bapa nya kembali dari keluar..
dia menunggu di tepi pintu..
maka..
apabila pintu dibuka..
dia menyambut ayahnya dengan mencium tangan ayahnya..
maka..
pada ibunya dia mencium tangan ibunya dan juga mencium pipi ibunya..
itulah antara tanda kasih sayang ibu dan bapa kepada anak..
malah sebaliknya...
aku amat mengagumi kehebatan kawanku seorang ni...
kami pun bersembang isu ummah sekarang yang cukup mencabar...
kami membincang isu budak yang berskolah agama dan belajar menghafal sehinggakan 30 juzu' terbuku di dalam hati..
apakan daya sikap dan keadaan sekeliling membuatkan mereka menjadi..
perokok..
penggatal..
peraba...
penonton video lucah..
penyebar kebatilan..
penutup kebenaran..
malahan perosak imej Islam..
mungkin kata-kata ku pedas bagi sesetengah orang..
tapi kebenaran mesti disebarkan demi memberi kesedaran kepada pendakwah kita..
untuk bekerja kuat lagi bagi menyebarkan kesedaran..
kepada ummah tercinta..
menjadi tanda cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah..

Walaupun,kadang-kadang pendakwah berada di zon selesa untuk berdakwah..
tetapi jangan lupa..
Allah meminta kita  membalas kembali nikmat Allah semasa berada di zon selesa..
untuk berjuang di masa mahupun zaman kita tidak berasa selesa...
zaman digelar zaman susah..
zaman ummah menjadi corot..
zaman di mana kejahilan terus berjuang menegakkan khemah mereka..
bagi memberi perlindungan kepada mereka yang memang bersalah di atas dunia ini..
para pendakwah semakin gusar kerna..
budak sekolah agama pun ada yang.. 
merokok..
meraba.
bercium di mana-mana..
sedangkan usaha kita selama ini seolah tidak berhasil..
para pendakwah ..
ingatlah..
itu petanda bahawa usaha kita..
masih belum mencukupi untuk mendidik mereka..
membimbing mereka ke arah kebenaran..
masih belum cukup..
apa kita tunggu lagi..
kita gandakan usaha kita ..
untuk memberi kesedaran kepada ummah kita..
teruskan mencari pendakwah besar..
belajar daripada mereka..
bagaimana kita ingin berjuang..
dengan cara yang betul..
cara yang tidak salah..
timbalah pengalaman mereka..
dengan turun bersama mereka..
melakukan kerja dakwah bersama 2..
apa yang ditunggu lagi..
wahai pendakwah..
bangkitkanlah kesedaran pabila kita sedih..
mengaku je lah kepayahan kita kerana beban ummahmu..kita tiada masa nak dilayan pabila kesedihan menimpa..
maka mengadulah kepada Allah...
kerna sebaik-baik penolong dan pengubat kesedihan adalah..
Allah..

TAKBIR !!
ALLAHUAKBAR !!
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...