Showing posts with label DAKWAH. Show all posts
Showing posts with label DAKWAH. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

CIRI-CIRI PENDAKWAH

Lemah lembut  kepada manusia
Mempermudah  dan  tidak  menyusahkan. Membawa berita gembira  bukan  berita  yang menakutkan dan dikenali  manusia  kerana akhlaknya  yang baik

Istiqamah  dalam  berdakwah  dan  melakukan  perubahan. 
Menyajikan ilmu  secara  berterusan. Menyelesaikan  urusan  satu  demi satu  dan masalah  demi masalah.

Zuhud  terhadap  segala  yang ada  di tangan, mengharap  apa  yang ada di sisi  Allah, tidak suka dipuji, menjauhi  sifat sombong  di muka  bumi  dan  tidak  mengaharapkan  keculai  redha  Allah.

Berpegang  teguh  pada Al-Quran  dan Hadis.
Menjauhi  bidaah.lapang  dada  dan  mudah berurusan dengannya. Wajahnya  berseri-seri  serta  memiliki  rasa  malu.

SUMBER : KUNCI  KEJAYAAN  MINDA
                   DR 'AIDH  ABDULLAH  AL-QARNI

Friday, December 24, 2010

assalamualaikum,binalah rasa  cinta  yang mendalam kepada  tuhan  dengan menagis meratapi dosa  kita.

Sunday, December 19, 2010

Fikirkanlah

Assalamualaikum,buat  semua  pembaca,hari  ini,ana nk  kongsi  sikit  pasal  benda  yang kadang-kadang berlaku.

SITUASI 1
A:
"Weyh,sejak   beberapa  hari  ni,aku  lihat  dia  tak lambat pergi  ke  surau  dah.Dah  taubat  ke  mamat  tu?"
B:eleh,jangan percaya  sangat  dia  tu,dah lama  kita  duk  sekolah  ni,takkan  kita  tak  tahu  apa  sikap  dia,datang  lambat  ke  surau.Sampaikan  tinggalkan  solat,dia  buat  tak  kisah  je  kalau  dinasihati.Hang jangan percaya  sangat,kan banyak munafiq  kat  sekolah  kita.Depa  tak  taubat  lagi  tu,penipu  je,biasalah pembohong.

SITUASI  2
A: Aku  rasa mamat  tu  dah  taubat  lah,sampai  surau  pun lagi  awal  daripada  budak  tingkatan 1.Aku  dengar cerita  dia  semakin banyak baca  al-Quran,baca mathurat pun dengan pelajar  lain.Gamaknya,  kuranglah kawan syaitan  seorang(dalam nada seloroh).
B:Alhamdulillah,bersyukur kepada  Allah,baguslah  dia  dah bertaubat  dan  menyedari hakikat  tujuan  dia  diciptakan dari  dia  duk bergaul  dengan  mereka tu......

Ana  terfikir  bahwa  kalau  para  pendosa  yang  bertaubat pada  pandangan  daie.Disini  kita  dapat  lihat  dari  dua  perspektif  iaitu:

1. Negatif:Situasi 1
Kita  dapat  lihat  macam  mana  daie  yang  bertindak  dan berfikiran  negatif  terhadap  mad'u.Selalunya golongan  seperti ni dalam  golongan  manusia  yang hanya berbaik  dengan orang baik  sahaja  dan tak  kisah kepada  orang  jahat.

2.Positif:Situasi 2
Kita dapat lihat bagaimana yang bertindak  positif  dengan  bersangka  baik terhadap  pendosa.Bagi ana  golongan ini  perlu  dicontohi  walaupun ana  bersangka  tidak baik kepada  mereka  yang berkelakuan buruk.
____________________________________________________________________________________

Luahan  rasa  seorang manusia.

"Ha,baru   along   nak  sedar,sepatutnya  along  fikir  pasal  abah  korbankan  duit.."
Masa  tu  aku  tengah membelek buku rujukan    bahasa Inggeris di  kedai buku.Aku pun berkata,"along sedar pun salah,  tak  sedar pun salah",dalam  nada  yang  agak tinggi.
Aku  geram  sebab  aku  dah  la  lemah  dalam pelajaran.Lepas tu  adik ku  buat macam  ni.Lepas tu tak  de  mood  dah  la  aku  nak belek  buku  apatah  membelinya.Ade  buku  aku berkenan.Entahlah,lemah  semangat  lepas  tu.Itulah coretanku,tapi  aku  dah   mula  rasa  semangat aku nak  berdakwah  berkurang seperti pernah berlaku padaku  dalam masa  yang  agak  lama,Akhirnya  aku  kecundang  sendirian.Entahlah  aku bagai nak jadi macam  golongan  dalam situasi  pertama  je.Apapun,Wallahua'lam.

Saturday, December 18, 2010

Perjuangannya

Assalamualaikum,salam sejahtera  siapa  yang melihat  blog  ini  walau  sebentar.Ana  ade  sedikit  perkongsian  siapa  yang  melawat blog  ini.Kisah  seorang  daie  yang  saya  kenal  sangat  sebagai  seorang  pejuang  Islam yang  amat  hebat.
Masa  saya  tingkatan  satu,saya  belum  mengenalinya  secara  dekat  tapi  pada  satu  masa  saya mendengar  satu   cerita  yang "GEMPAK"  iaitu  saya  dengar  ada  seorang  ni  boleh  bangun  awal pagi  sebab  ada  "makhluk"  yang  kejut  dia.Saya  apa  lagi,takkan  tunggu,saya  cari  masa  nak  jumpa  dia.Lantas  berpeluang  pada suatu  hari,saya  pun pergi  ke  dorm  dia  lalu saya bertanya  namanya kepada  kawan  saya  di  mana  dia?mana  satu?  dia  pun tunjuklah.

Akhirnya,  saya  dapat  berjumpa  dengan  dia.Itu masa tingkatan  satu.

Sekarang  ni  kisah  masa  dia  tingkatan  dua,Saya  masa  tu  kelas  dengan  dia.Memang  dekatlah  kan,hehe.Saya  pun  perhati  kehidupannya.Pada masa  tu dia  rapat  dengan  seorang  ni.Memang ok,dia  selalu beribadat  dengan  kawan  saya  dan  dia  memang  melakukan  perkara  itu  selalu  dengan  kawan  saya  ni.Tiap-tiap  pagi  nampaklah  kawan  saya  baca  al-Quran  bersama-sama  dengan  orang  ni.Masa tu  dia  memang  belum  menunjukkan  taring sebenar  ketokohannya  dalam  bidang  dakwah.

Beralih  pada  masa  tingkatan  tiga,saya  ingat  lagi,masa  tulah  timbul  ketokohannya  dalam  memimpin tingkatan  tiga  dalam memperjuangkan agar  tingkatan  tiga  menjadi  golongan  yang  baik.Kamu  tahu  apa  yang  dia  buat?............Dia  melakukan  satu  perjumpaan  tingkatan  tiga(muslimin  dan  muslimat)(untuk  maklumat,perjumpaan  seperti  ini  jarang  dilakukan kalau  banyak  sangat  masalah  yang  timbul baru  berlaku  perkara  ini),jadi  berlakulah  tragedi  yang  mana  muslimin  dan  muslimat  memangkah  antara  satu  sama lain,menyatakan  perkara  yang mereka tidak  puas hati  antara  satu sama  lain.Saya  join?  join  jugak,tapi teguran  biasa  dari  orang  yang biasa  memang  mereka  tak  layan  dah,hehe.tak  de  lah.Mengarut  saya  sampai  ke  situ.ok,saya akan  beralih kepada  satu perkara  yang  dianjurkan  olehnya  dan  apa  yang berlaku.Mari  kita  lihat.

Begini  ceritanya.Pada  satu  masa,dia  mengasaskan  macam  pimpinan  dalam  tingkatan  sendiri.Ada  ketua,pembantu  dan  yang lain-lain.Dialah  ketua.hehe.Dia  membahagikan  ahli  tingkatan  tiga(muslimin  sahaja)  kepada  usrah-usrah  yang  dibahagikan  mengikut  naqib pilihan  mereka(muslimin  tingkatan  tiga).  Yang  tu  dah clear.Tapi  ada  jugak  yang  macam   membantah,biasalah  kerja  dakwah.Jadi,setiap  apa  yang  berlaku dalam  menyeru ke  arah  kebaikan  ada  ujiannya.Kamu  tahu  perkara  tu  bertahan   berapa  lama?Apa  yang  dirancangnya  hanya  bertahan  seminggu.Cuba  bayangkan  seminggu  saja.Eh  takkan  kut.macam  tak  percaya  je.Apapun  ini  hakikatnya  yang berlaku.Mahu  tahu  apa  sebabnya?Mari  ikuti tulisan  yang  berikut.....

Sebabnya  begini,pada  suatu  hari  yang  menjadi  lembaran  sejarah  yang antara  apa  yang  amat saya  sesali
sangat  kerana saya  khianat  kepada  dia   secara  dalaman.(p/s:Jangan  contohi  saya).Teruk   betul  saya.Walaupun  berkecimpung  dalam  bidang  dakwah,tapi  saya  jahat.(p/s:Jangan  contohi  saya).Saya  hanya  orang  biasa  je.Teruskan  cerita.....Pada  masa tu,baru  habis perjumpaan  asrama,kami  disuruh  berkumpul  dalam  bilik prep  tingkatan  tiga  atas  arahan  ketua  tingkatan(kwn  saya  tu).Dia  berdiri  di  tengah-tengah  bilik  prep  tu.Kami  mengelilingi  dia.Tak  silap  saya , dia  ada  minta  cadangan  kat  semua  tingkatan tiga.Adalah  beberapa  orang  bagi cadangan  yang  merapu.Ada  jugak  yang  bagi  cadangan  yang macam  organisasi  ni dah lama  berdiri  dengan baik  sedangkan baru  tak  sampai  seminggu  lagi.(lebih  kuranglah).Lepas  tu,dia  dengar  cadangan  daripada  mereka  secara  dekat-dekatan dengan dia.Yang  bagi  cadangan macam  organisasi  dah hebat  tu  antara  faktor  yang menyebabkan  berlakunya perkara  yang tidak  diingini.Masa  tu  tingkatan  tiga  dah  terbahagi  kepada  dua  golongan.Sebelah  bilik prep sokong dia,sebelah  lagi  bantah/bangkang  dia.(teruk  betul  depa,memang  tak  faham  orang lain.)masa  tu  tengah  duduk,macam  tu  lah berlaku.Selepas  tu,jadilah  sebuah  peristiwa  yang  memang  yang  menjadi  ingatan  saya.Kamu  tahu  dia  kata  apa(lebih  kuranglah)  "ok,macam  ni  kita  bubarkanlah  benda  ni,x  payah  buat"(dalam nada marah dan  tinggi).Masa  tu  saya  fikir  yang  memang  tak  mahu  benda  ni  jadi,  memang  seronok  tak  kehabisan.Bila  difikirkan balik,saya  amat  tak  puas  hati  yang  menjadikan  perkara  ni  tak berjaya kerana  benda  ni  amatlah  baik  kepada  umat tingkatan tiga.saya  rasa kalau  mereka tidak  mengqada'kan  benda  ni  balik,dosa  mereka  pasal  jadikan  perkara  ni  tak  menjadi.(saya  tak tau  la)apa  kan  jadi.Cukuplah  pasal ni.

Masa  di  tingkatan  empat  dia  seorang  pemikir   yang  cukup  hebat  dan  dihormati  walaupun ada  juga  ramai  yang tidak  menyukainya.Apapun  dia  seorang yang  cukup berpengalaman,dalam mengatasi  masalah umat.Sekarang  ni beliau  dah jadi  seorang yang  hebat  dengan  memegang  jawatan  yang agak  tinggi  dalam  majlis perwakilan pelajar.Kedua  tertinggi  dalam  kalangan pelajar.

Saya  rasa  coretan  saya  cukuplah  sampai  sini  mengisahkan perjuangan seorang  daie  yang  berjuang.Wallahua'lam.

Thursday, December 9, 2010

PADA  SUATU  MASA,

ADA  ORANG BERKATA,

TIDAK  MENGAPA  KALAU  TIDAK MENUTUP  AURAT,

KERNA,

KATANYA,

TUHAN MELIHAT  BUKAN  DARIPADA  LUARAN

TETAPI  DALAMAN,

KU  MERENUNG  KATANYA,

BENAR

MENGIKUT  KATANYA,

TETAPI  KU MERASA

SUATU  PENYELESAIAN  PERLU  DICARI,

MAKA  KU  MENCARI  DAN  TERUS MENCARI,

APAKAH BENAR HUJAH ITU PERLU DIGUNA,

MAKA,

KU MENDENGAR KATA  SEORANG USTAZ,

KATANYA

TUHAN TIDAK MELIHAT  DARI  LAHIRIAH KITA,

TETAPI  TUHAN MELIHAT   AKAN HATI   DAN  AMALAN,

PADA  MASA ITU,

KU MENDAPAT JAWAPANNYA,

AMALAN  ITU   JUGA  PENTING,

TIDAK SEMESTINYA PERLU MENUNGGU  HATI  MENJADI BAIK

BARULAH INGIN MENUTUP  AURAT,

MAKA  TERZAHIR PENYELEWENG  AGAMA  YANG SEBENARNYA

ORANG ISLAM  SENDIRI,

YANG MENGATAKAN  HANYA  HATI PERLU  DIPERTIMBANGKAN,

KU BERFIKIR  BAHWA,

BUKANKAH DENGAN MENUTUP  AURAT  DAN MEMAKAI PAKAIAN  SUNNAH,

MENDESAK KITA  AGAR BERAKHLAK  MULIA,

MALAHAN  AKAN  MELATIH DIRI  YANG HINA INI,

AGAR  LEBIH DITARBIYAH 

SERTA  MENYEDARI  IMAN  YANG DAPAT  DIPUPUK

DARIPADA AMALANNYA,

MAKA  TERBONGKARLAH  BAHAWA  MEREKA PENIPU BESAR

YANG HANYA  BERPEGANG PADA  SATU  HUJAH  TANPA  DISOKONG HUJAH YANG  LAIN,

WAHAI  DAIE,

LIHATLAH  KITA YANG  ARIF  TENTANG ILMU  AGAMA,

BANGKITLAH  MENYEDARKAN MEREKA YANG  MENIPU  DIRI

SERTA ORANG LAIN,

KERNA KEANGKUHAN 

TIDAK MAHU

MENGIKUT  SYARIAT  TUHAN

YANG MEMBERI  NIKMAT KEPADA  MEREKA,

MAHA  PENGASIH,

MAHA PEMURAH,

MAHA  LEMAH LEMBUT,

MAHA PENYABAR  ATAS KELAKUAN  HAMBANYA,

MAHA BERKUASA  ATAS  SEGALA-GALANYA,

WAHAI  DIRIKU  YANG MENYESALI  AKAN DIRI

SERTA MEREKA  YANG MENIPU DIRI  SENDIRI DAN  ORANG  LAIN ,

CUKUPLAH,

INSAFLAH,

SEDARLAH,

KEMBALILAH,

KE JALAN TAUBAT  YANG  TERBENTANG  LUAS

DI  HADAPANMU,

MAKA,

TAUBATLAH  DENGAN MELAKUKAN  KEBAIKAN

SERTA MENINGGALKAN KEBURUKAN  YANG BERLALU,

KERNA,

IA BAKAL MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA TERDAHULU,

KU  AKHIRI  KATA

DENGAN  SALAM MAHABBAH,

SALAM UKHWAH,

DAN SALAM  MAWADDAH

WABILLAHI  TAUFIQ  WAL HIDAYAH

(DARIPADA  HAMBA YANG MENCARI KEREDHAAN ILAHI)

Tuesday, November 30, 2010

DAKWAH : SUATU KEWAJIBAN

Dakwah  adalah satu usaha untuk mengembalikan  manusia  ke  arah  kebenaran yang hakiki.Maka  perlulah  manusia  yang telah  diberi  nikmat  oleh  Tuhan  Rabbul Jalil  yang  bergelar  muslim  mengerjakan  dakwah  kepada  muslim  yang  lain  dengan mencegah  kemungkaran  serta  menyeru kepada  kebaikan  yang  membawa  kesejahteraan kepada  kehidupan 

Saturday, November 27, 2010

Buku Formula Solat Sempurna

    Buku yang membincangkan  cara  solat   mengikut 4 mazhab.  Difokuskan  kepada  mazhab  Syafie  serta  menunjukkan  cara   solat dengan  sempurna.  Buku  ini  sesuai  buat  insan yang ingin  bersolat  dengan  sempurna  berdasarkan  dalil-dalil  yang   sahih.






Posted by Picasa

Buku sejarah tentang Imam Syafie

Belilah!
Posted by Picasa
Satu  hari  tiba,

sahabatku bertanya,


 
Posted by Picasa

Thursday, November 25, 2010

RINTIHAN SEORANG HAMBA

YA  RABBI,

DI  SAAT  INI,

AKU  KESEORANGAN,

KERNA,

MEREKA  TIDAK  MAHU  MENERIMAKU,

SEBAGAI  SEORANG  SAHABAT,

MEREKA  TIDAK  MAHU,

MENGAKUI   HAMBAMU INI,

SEBAGAI  RAKAN  SEKELAS,

MEREKA  MEMULAUKANKU,

MEREKA  TIDAK  MENGENDAHKANKU,

KINI,

AKU  TIDAK BERGAUL  DENGAN  SESIAPA,

SAHABAT  BAIKKU,

TIDAK  MENDEKATIKU,

KERNA, 

TAKUT  DIGOLONG  SEBAGAI PENGIKUTKU,

DI  SAAT  AKU  MENDEKATI  MEREKA  MENGEJEKKU,

MEMERLIKU,

MENUDUHKU  DENGAN  PELBAGAI  TUDUHAN,

AKU  BERASA  SANGAT  SAKIT HATI,

KERNA  AKU JUGA   MANUSIA,

TETAPI,

AKU TERINGAT  SUNNAH  KEKASIHMU  YA  RABBI,

DI  SAAT  MALAIKAT  MENAWARKAN,

MENGHEMPAP  BUKIT  KE  ATAS  TAIF,

TETAPI  KEKASIHMU,MELARANGNYA,

BEGITU  SABAR  KEKASIHMU,

BERDAKWAH  DI  JALAN  MU,

AKU  BEGITU  SEDIH,

MELIHAT  UMATKU  BEGINI,

YA  RABBI,

LEMBUTKANLAH HATI  HAMBA-HAMBAMU,

BERIKANLAH  MEREKA  HIDAYAH  KEPADA  MEREKA,

PALINGKANLAH  HATI-HATI  MEREKA  KEPADA  ISLAM,

LAPANGKANLAH  DADA-DADA  MEREKA,

UNTUK  MASUK  ISLAM  DENGAN  SEPENUHNYA,

BUKAN  MENGIKUT  NAFSU  MEREKA,

BERIKANLAH  KEBAIKAN  KEPADA  KAMI,

DUNIA  DAN  AKHIRAT,

DAN  LINDUNGILAH  KAMI,

DARIPADA  AZAB  NERAKA,


AMIN  YA  RABBAL  A'LAMIN



PESANKU

WAHAI  SAHABATKU,

AKU INGIN  BERPESAN  PADAMU,



JAGALAH SOLATMU  WALAU BAGAIMANAPUN,

BERIKAN  YANG TERBAIK UNTUK  TUHANMU,

BACALAH AYAT  AL-QURAN  100 AYAT  SETIAP HARI,

KERNA,

BARANGSIAPA  TIDAK  MEMBACA  100  AYAT  SEHARI

KATA  ULAMA',

GOLONGAN  YANG  LALAI,

SELAIN  ITU,

SELALULAH  BERDOA KEPADA RABBI,

RINTIHLAH  MASALAH  DIRIMU KEPADA  ALLAH,

SEBELUM  ENGKAU  MERINTIH    MASALAHMU    KEPADA MANUSIA,

KERNA  YANG  MAHA  MENYELESAIKAN,

BUKAN MANUSIA,

TETAPI  ALLAH  MAHA  ESA,



KADANG-KADANG,

PABILA  ENGKAU  PUTUS  ASA,

INGATLAH  KEPADA   ALLAH,

KERNA,

TUHAN  MENGUJI,

MENGIKUT KEMAMPUANMU,

MAKA,

MOHONLAH KEKUATAN KEPADA  RABBI,

KERNA  DIA  MAHA  MEMAKBULKAN,

SESUNGGUHNYA,

UJIAN ADALAH  PERINGATAN  DARIPADA  RABBI,

 KEPADA KITA,

KERNA,

KITA  YANG  SERING  LUPA   KEPADANYA,

MAKA,

BANGUNLAH  DARIPADA  KELALAIANMU,

MENUJU  KE  ARAH  KESEDARAN,

YANG  HAKIKI,

JALAN  YANG  SEBENARNYA,

DAN  INGATLAH,

KITA  MUNGKIN  TERLALU OBSES INGIN   BERDAKWAH,

KITA  TERTEKAN  APABILA  MAD'U,

MELAWAN  DAN  MEMULAUKAN  KITA,

TETAPI  KITA  LUPA,



YANG  MAHA  MELEMBUTKAN   IALAH

ALLAH,

KITA TERLALU   SIBUK  DENGAN  KERJA  DAKWAH,

SEHINGGAKAN  KITA  MELAMBATKAN SOLAT,

SEHINGGA KITA LALAI DALAM  SOLAT,

SEHINGGA  KITA  LUPA  UNTUK  MEMBACA  AL-QURAN,

LALAI  UNTUK  BERZIKIR,

KEPADA  YANG  MAHA  ESA,

MAKA,

SEDARLAH  KEMBALI,

WAHAI  SAHABATKU,

YANG  KU  CINTAI,

HANYA KERANA  ALLAH,

WASSALAM.

(DARIPADA  SAHABATMU  YANG  MENGASIHIMU  HANYA 
 KERANA  ALLAH)
 



Wednesday, November 24, 2010

TAUBAT


Kita  selalu  mendengar  bahawa  selepas  kita  melakukan  kesalahan  secara  tidak  sengaja  mahupun  sengaja,  kita  perlu  bertaubat  dengan  meminta  maaf  kepada  manusia  jikalau  kesalahan kita  kepada  manusia  tetapi  kalau  kesalahan  kita  kepada  Allah kita  perlu  beristighfar  kepada  Allah  dengan  menyesali  perbuatan  tersebut.  Bagaimanakah  kita  hendak  beristighfar kepada  Allah? Itulah  persoalan  yang  perlu  kita  tanyakan  kepada  diri  sendiri.  Konsep  beristighfar  atau  dikatakan  cara  memohon  maaf  kepada  Allah adalah  seperti  berikut:
1.menyesali  perbuatan  yang  dilakukan
2.tidak  mengulangi   amalan  maksiat
Banyak  lagi  amalan  yang  dikatakan  sebagai  perbuatan  taubat  kepada  Allah.Saya  ingin  menjelaskan  salah  satu  amalan  taubat  iaitu  cara  berdoa  kepada  Allah.Pertamanya  tentulah  kita perlu  memuji  Allah  dengan  memasukkan  nama-nama  Allah  iaitu  Asmaul  Husna  seperti   Ya  Hayyu  Ya  Qayyum,Ya  Syakur  dan  berselawat  kepada  Rasulullah  serta  ahlul  bait.Selepas  itu,kita  perlu  memberitahu  kepada  Allah  akan  kesalahan-kesalahan  dan  kelemahan  kita  yang  kerdil  ini  yang  memang  tidak  dapat  dielakkan.  Pada  masa  itu  kita  perlu  mengutamakan  dua  kaedah  ini  agar  taubat  kita  diterima  oleh  Allah s.w.t.Hal  ini  disebabkan  kita  perlu  mendapatkan  keampunan kepada  Allah  selepas  itu  barulah  kita  boleh  memohon  kepada  Allah  apa sahaja  hajat  kita.  Insyaallah,  Allah  s.w.t  akan  memakbulkan  doa  kita  apabila  taubat  telah  diterima  Allah.
Doa  yang  kita  pinta  mestilah  perkara-perkara  kebaikan  yang  membawa  kita  ke  arah kejayaan  dan  ketenangan  jiwa  yang  perlu  kepada  kehidupan  kita  yang  kerdil  ini.  Kita  perlulah  mengharapkan  keredhaan  Allah dan  penerimaan  Allah  terhadap  doa  kita.
Hal  ini   disebabkan  hidup  kita  hanya  kerana Allah  dan  sebagai  hamba-Nya  kita  perlulah bersyukur  atas  nikmat  yang  diberikan  oleh  Allah.Tanpa  berlengah  masa  kita  perlu  menyahut  seruan  azan  dan  bersegera  mengerjakan  solat.Tanpa  berlengah  masa  kita  menyahut  seruan jihad  yang  diuarkan  oleh  para  pendakwah  untuk berjuang  ke  jalan  dakwah.Maka  perlulah kita  ingat  itulah  antara  jalan  taubat  yang perlu  kita  renangi  dalam  kehidupan  kita  sebagai  muslim.Kita  masih  berada  dalam  lingkungan  manusia  yang  digolongkan  sebagai  orang  awam iaitu  iman  yang  berada  tahap  biasa  dan  sekejap  ke  arah kejahatan  dan  sekejap  ke  arah  kebaikan.Orang  seperti kita  juga  tidak  mahu  mengambil  risiko dalam bidang  dakwah  secara  berterusan  dan  tidak  berupaya  dapat  mengekalkan  keutuhan  semangat  yang  sebenar.Golongan  juga  tidak  mahu  terlibat  dengan  perkara –perkara  yang  menyebabkan  mereka  menanggung  bebanan  yang  berat  serta  kesan  yang  bahaya.Sepatutnyalah  kita  berusaha  untuk  memantapkan  iman  kita  ke  tahap yang  lebih  tinggi  dengan  sentiasa  bertaubat  setiap  masa  dan  di  mana  jua.Apabila  ternampak  perkara  maksiat  segera  mengalihkan pandangan  dan  beristighfar  di  dalam  hati  dan  di  mulut.  Hal  ini  menyebabkan  kita  terjaga  daripada  hasutan  syaitan.Sesungguhnya  kita  beristighfar  di  dalam  hati  akan   memberi  kesan  kepada  diri  dengan lebih  mendalam  serta  berkesan.
 

Rapatkan saf
 Usahakan barisan terbaik KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah "Luruskan saf" atau "Rapatkan saf".
Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih?
Para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat.
Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :’Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.’’ (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah:
"Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba."(Riwayat Bukhari).

Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf sebelah kanan."(Riwayat Ibnu Majah)
Kelebihan Solat di Saff Pertama
1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti safnya para malaikat.
Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?'' Kami bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?" Jawab Nabi: "Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan." (Riwayat Muslim)

Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih mudah memperoleh rahmat-Nya.

2) Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk mereka yang berada di saf-saf paling hadapan.
Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah menjawab: "Ya, juga saf kedua." (Riwayat Ahmad).
Selawat Menurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf pertama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu: "Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka." Selawatnya para malaikat pula: "Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan." Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para malaikat.

3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali.
Daripada 'Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali. (Riwayat Ibnu Majah).
 

Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita. Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini.
Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairah merebut saf pertama. Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat. Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka.
Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda:
"Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah."(Riwayat Muslim).
Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama. PERANAN IMAM Rasulullah sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata, ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda:
"Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku."
(Riwayat Bukhari)
Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam hanya melaungkan "luruskan saf", "luruskan saf" tanpa melihat jemaah di belakang sama ada mereka mematuhi perintahnya atau tidak. Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga.
Sedangkan Rasulullah akan menghadap para makmum dan memastikan arahan meluruskan saf benar-benar dilaksanakan oleh para sahabat. Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat. Daripada Albara' bin 'Aazib berkata:
Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami. (Riwayat Abu Daud).
Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!"
Penulis menyarankan para imam masjid-masjid di Malaysia agar memerhatikan perkara ini dengan penuh teliti supaya amalan mereka selari dengan sunah Nabi dan Khulafa' ar-Rasyidin.
 

Cara Meluruskan Saff

Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani:
''Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut. Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:
1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:
Daripada Nu'man bin Bashir berkata:"Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud).

Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda: (Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).

Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia. Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan. Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut. Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini.
Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan. Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia.

Hikmah Merapatkan Saff

1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.
Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.
Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).
Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).
Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.
3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.
Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).
4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.
Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).
5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.
Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).
Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).

Tips-tips penting sebagai Pemimpin pelajar
1. Sifat-sifat Seorang Pemimpin
Berilmu
Bertaqwa
Yakin pada diri sendiri
Mengenali jiwa dan citarasa ahli dan sesama pimpinan
Teladan dan contoh yang baik kepada pelajar
Pandangan yang jauh dan tajam
Tenang dan tidak kalut
Istiqomah dan sabar
Berkorban
Tidak mengenal erti mengeluh
Bersikap terbuka
Berani
Tegas
Lunak terhadap sesama ahli
Mampu bergaul dengan semua peringkat pelajar

2. Psikologi Kepimpinan
Kebolehan untuk memimpin
Kebolehan membuat keputusan dengan cepat dan tepat
Keutuhan peribadi
Mempunyai semangat juang
Mempunyai daya reka
Kebolehan mengananalisis suasana yang dihadapi
Berkeupayaan untuk memahami orang lain (bersikap terbuka)
Berani bertindak dalam menghadapi risiko.
Mengurus dengan baik
Boleh bertutur dengan jelas dan meyakinkan





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...