Showing posts with label TARBIYAH. Show all posts
Showing posts with label TARBIYAH. Show all posts

Monday, May 28, 2012

TAZKIRAH # 5


 FIRMAN ALLAH :

267.  Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. dan Ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

268.  Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia[170]. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.

[170]  balasan yang lebih baik dari apa yang dikerjakan sewaktu di dunia.

 Al-Baqarah 267:268

1.      Ayat  ini  menjelaskan  galakan  untuk  orang  yang  beriman menafkahkan  harta  yang  baik-baik sahaja daripada  kerja-kerja  mereka  dan  hasil tanaman (kurma,durian,anggur)  dan larangan  daripada  menafkahkan  harta  yang  buruk  dan  tidak  disukai  oleh  orang  beriman  malahan  harta   yang  dipejam  mata  oleh  golongan  pemberi. Hal  ini  bersangkut  paut  dengan  satu  cerita  yang  mana seorang  sahabat  memberikan  kurma-kurma  yang  buruk  unutk  dinafkahkan. Lantas  Allah  menegur  sikap  sahabat  ini  dengan  menurunkan  ayat ini.
 
2.      Ayat  268  pula  menjelaskan  bahawa  syaitan  menjanjikan  kemiskinan  kepada  orang  bersedekah (menghasut  bahawa  jika  bersedekah  akan  mengurangkan  harta)  dan  menyuruh manusia melakukan kemungkaran sedangkan Allah menawarkan  keampunan kepada  orang yang bersedekah hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sesungguhnya amalan sedekahadalah satu amalan yang amat mulia di sisi Islam. Amalan sedekah dapat menyucikan harta,membersihkan hati,menggugurkan dosa,membuang sifat bakhil dan menyenagkan hati orang yang ditolong dengan sedekah itu. Maka,digalakkan kepada umat Islam untuk bersedekah didalam perjuangan Islam. Apa jua yang  berkaitan dengan perjuangan Islam,berikanlah bantuan dari segi kewangan,masa dan tenaga.
 
3.      Allah akan memberikan keampunan kepada orang yang bersedekah ikhlas kerana Allah taala. Tambahan lagi, Allah akan menambah keberkatan pada harta itu dengan rahmat Allah yang maha luas dan melipat gandakan harta yang dimiliki oleh pemberi sedekah. Tetapi awas dengan hasutan syaitan yang membisik ugutan bahawa kita akan mengalami miskin jika bersedekah serta menginfakkan harta di jalan Allah. Maka apabila  terlintas  di  lubuk hati  kita  tentang perkara  sebegitu,maka cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah dan ingat bahawa kita adalah hamba yang sangat hina. Selain itu,sifat syaitan juga suka menyeru dan menghasut manusia untuk melakukan kemungkaran terhadap Allah. Perkara kemungkaran adalah seperti mengkhianati Islam,menghina para sahabat dan ulama,tidak menutup aurat,mengumpat dan tidak suka solat berjemaah. Kita sebagai muslim dan mukmin, seharusnya menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar yang membawa kita jauh daripada Allah malhan mendekat kita ke neraka Allah taala. Semoga Allah merahmati kita semua.

TAZKIRAH # 4


FIRMAN  ALLAH :

2.  dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. 

  Al-Maidah 5:2

1.      Ayat  ini  mejelaskan  bahawa  mesti  tolong-menolong  dalam  perkara  kebaikan  dan  taqwa  serta  melakukan  kebaikan. Janganlah  tolong-menolong  dalam  perkara  dosa  dan  perbuatan  berdosa  serta  permusuhan. Maka  takutlah  kepada  Allah  dan  sesungguhnya  Allah  amat  keras  seksaannya.
 
2.      Kita  seharusnya  sentiasa  menolong  saudara-saudara  kita  dalam  perkara-perkara  kebaikan  dan  tidak  menolong  dalam  perkara  kejahatan  malahan  menasihati  mereka  agar  takut  kepada  Allah  dan  bertaqwa  kepada  Allah tanpa  mengira  waktu  dan  masa. Ketika  bersendirian  mahupun  ketika  bersama  dengan  orang  ramai  dan  juga  ketika  susah  mahupun  senang. Kita  mesti  sentiasa  menolong  dalam  perkara  kebaikan  dalam  apa  jua   keadaan   tambahan  dalam  perkara  dakwah, sedekah, nasihat, bantuan  dari  segi  kewangan   dan  memberi  ilmu  yang    bermanfaat  serta  mempermudahkan  orang  lain.
 
3.      Usaha  kebaikan  dalam  bidang  dakwah  adalah  dengan  lisan,  tulisan  dan  tauladan yang  baik. Sepatutnya  setiap  muslim  perlu  sedar  bahwa  taklif  mereka  sebagai  seorang  pendakwah  yang  wajib  berdakwah    dalam apa  jua  perkara tidak  mengira  masa,tempat,dan  sasaran.
 
4.      Sepatutnya  kita tidak   menolong  dalam  perkara  kejahatan  dan  permusuhan  yang  akan  membawa  ke  arah  keburukan  dan  perpecahan  ummah  serta  persefahaman  yang tidak  kukuh. Sedangkan   perpaduan  itu  mesti  dibina  atas  dasar  ukhuwah  kerana  Allah  dan  iman  kepada  Allah. Orang  yang  lengkap  imnannya  tidak  mudah  memepercayai  fitnah  daripada  orang  fasik  dan  orang  yang  melakukan  kemungkaran  terhadap  Allah  secara  berterusan.
 
5.      Usaha  menolong  dalam perkara  kebaikan  adalah  seperti   berikut :

  • œ Memberikan  ilmu  yang  bermanfaat  dalam  kehidupan  seharian
  • œ Berdakwah  melaui tulisan,lisan,  dan  akhlak  yang  mulia.
  • œ Menunjukkan  contoh  tauladan  yang  mulia.
  • œ Amanah  dalam  melakukan  kerja
  • œ Solat  dengan sempurna  serta  menjadi  contoh  solat  yang  baik  kepada  masyarakat.
  • œ Memberikan  pertolongan  ketika  susah  dalam  bentuk  tenaga  mahupun  masa.
  • œ Memberikan  wang  kepada  yang   memerlukan



TAZKIRAH # 3


FIRMAN  ALLAH :

44.  Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir? 

 Al-Baqarah 2:44

2.  Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 

3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. 

 As-Shaff  61:2-3

1.      Ayat  ini  ditujukan  kepada  bani  Israel dan  juga  untuk  perhatian  kepada  para  daie  dan  nuqaba’  serta para  amir (pemimpin). Kita  tidak  sepatutnya  menyuruh  orang  lain  melakukan  kebaikan  sedangkan  kita  melupakan  diri  kita  sendiri (tidak  melakukan  amalan  yang  disuruh  atau  diseur  oleh  kita). Bagi  penjelasan  yang lebih  baik adalah  orang  yang  menyuruh  melakukan kebaikan  tetapi  orang  itu  sendiri  yang  melakukan  maksiat, menyuruh  bersikap  jujur  dan  ikhlas,  menyuruh  orang  untuk  berkorban  tetapi  kita  sendiri  tidak  melakukan  seperti  apa  yang  kita  perkatakan.

2.      Hal  ini  boleh  mnejadi  fitnah  buat  para  pendakwah  yang  hanya  menyeru  kebaikan  tetapi  tidak  mengamalkan  sebagaimana  yang    diseru. Sikap  ini  akan menjejaskan  imej  para  pendakwah  yang  lain  dalam  kalangan  kita. Allah  juga  mengingatkan  dalam  ayat  kedua  dalam  surah  as-Shaff  yang  menjelaskan  persoalan  kenapa  memperkatakan  apa  yang  tidak  dilakukan.

3.      Amalan  ini  perlu  dijauhkan  daripada  diri  kita. Langkah  yang   perlu  diambil  adalah  sentiasa  berusaha  menerapkan  ajaran  al-Quran  dan  sunnah  rasulullah  dalam  diri  kita  dan  rakan-rakan  kita  dalam  usaha  untuk  menggapai  redha  Alah  dan  usaha  untuk  memperjuangkan islam  dengan  lebih  kamil  dan  syumul. Cara  yang  terbaik  adalah  dengan  sentiasa  bermujahadah  dengan nafsu  diri  sendiri  dan  sentiasa  beristiqamah  dalam  memperbaiki  amalan  wajib  dengan  lebih  sempurna.

4.      Maka  perlulah  diingati  bahwa  Allah  amat  membenci  golongan  ini  kerana  hanya  menyeru  dan  tidak  mengamalkan  kebaikan. Azab  bagi  mereka  adalah  amat  pedih. Tali  perut  mereka  akan  diputar  seperti  pengisar  gandum  di  neraka  nanti.

5.      Oleh  itu,  rasulullah  menjadi  tauladan  kepada  kita  kerana  sentiasa  menunjukkan  contoh  akhlak  yang   berdasarkan  al-Quran. Rasulullah sentiasa  akan  melakukan  sesuatu  perkara  kebaikan sebelum  menyuruh  para  sahabat  melakukannya. Itulah  contoh  yang  ditunjukkan  orang  yang  teragung  di  dunia  ini. Moga  Allah   meredhai  kita  dengan  rahmat-Nya.
                                                                                          
 

TAZKIRAH # 2


FIRMAN  ALLAH :
31.  Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

32.  Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".

ALI ‘IMRAN  3:31-32

1.      Ayat  ini  menjelaskan   jika  benar-benar  kita  mengasihi  Allah,  maka  kita  mesti  dan  wajib  mengikuti  rasulullah  dan  Allah  akan  mengasihi  orang  yang  mengikuti  rasulullah  dan  mengampunkan  dosa  mereka. Sesungguhnya  Allah  maha pengampun  dan  maha  penyayang.

2.      Ayat  32  menjelaskan  bahawa  kita  wajib  taat  kepada  Allah  dan  rasulullah  walau  dalam  apa  jua  cara  dan  perkara  yang masih  dalam  lingkungan  syariat  Allah  berdasarkan   al-Quran  dan  as-sunnah. Kita  perlu  bersederhana  dalam  ibadat  kita  dan  mengikut  seperti  apa  yang  rasulullah  lakukan  yang  dipanggil  dalam islam sebagai  wasatiyyah  yang  bermaksud  kesederhanaan. Sikap  tidak  melampau  dalam   beribadat  adalah  satu  kesederhanaan  dalam  hidup. Maka kita  perlu  melakukan  ibadat  dengan  penuh  tawadhuk  dan  merendah  diri  kepada  Allah.

3.      Dalam  hal  keduniaan,  kita wajib  mengikuti  syariat  yang  telah  ditetapkan  kerana  islam  adalah  ad-din. Maksud  islam  sebagai  ad-din  adalah  islam  sebagai  cara  hidup. Jika  kita  mencipta  teknologi, mestilah  mengikut  syariat  Allah. Sesungguhnya,  kita  mungkin   lebih  arif  dalam  bidang  dan  kerja  kita  tetapi  janganlah  melanggar  etika  yang  ditetapkan  islam  dalam  apa  jua  pekerjaan. Ikhlas  dan  mengikut  syara’  adalah  syarat  untuk  suatu  pekerjaan  menjadi ibadat  kepada  Allah. Ingatlah,  bahawa  ikhlas  dalam  melakukan  pekerjaan  hanya    kerana  Allah  adalah  suatu  tanda  pengabdian  kepada  Allah.

4.      Barangsiapa  yang  berpaling  daripada  jalan  Allah  dan  rasulullah, maka  mereka  adalah  golongan  yang  sesat  dan   menyesatkan. Sesungguhnya  Allah  tidak  mengasihi  orang-orang  yang  kafir. Manakala  golongan  munafik  pula  adalah  golongan  yang  dibenci  oleh  Allah  juga. Mereka  mengaku  islam  tetapi  hati    mereka  kufur  terhadap  Allah. Sebagai  contoh, Abdullah  bin  Ubai, ketua  munafik  di  madinatul  munawwarah, diceritakan  di  dalam  sirah  rasulullah  bahawa  dia  sentiasa  melakukan solat  berjemaah  di  belakang  rasulullah. Dia  sentiasa  memakai  serban,jubah  dan  amat  taat  dalam melakukan  sunnah  rasulullah  dari  segi  pakaian. Di  depan  sahabat, dia  memuji  para  sahabat  tetapi  apabila  kembali  kepada  kaumnya, dia  mengutuk  dan  mengeji  sekeji-kejinya para  sahabat  di  depan kaumnya. Maka  jauhilah  sifat  munafik  dan buanglah  jika  kita  mempunyai  sifat  seperti  berikut = 1.bila  berkata-kata,menipu.2.mungkir  janji  apabila  berjanji.3. Apabila  diberikan  amanah,berlaku  pecah   amanah. 4.apabila  bergaduh,berlebih-lebihan (tidak  mahu  berdamai).

TAZKIRAH # 1

 
FIRMAN  ALLAH :

208.  Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 

AL-BAQARAH 2:208.

1.      Ayat  ini  menjelaskan  bahwa  umat  islam  perlu  masuk  atau  sertai  perdamaian  dengan  sepenuhnya  dan  janganlah  bermusuh-musuhan  sesama  umat  islam  kerana  orang  beriman  itu  bersaudara. 


2.      Ayat  ini  juga  turut  menjelaskan  bahawa  umat islam  perlu  masuk  ke  dalam  islam  dengan  sepenuhnya  serta  mengamalkan  syariat  dengan  sepenuhnya  dan  tidak  mengambil  sebahagian  untuk  diamalkan  dan  meninggalkan  sebahagian  yang  lain.
 
3.      Selain  itu, ayat  ini  membawa  erti  agar  jangan mengikut  jejak  langkah  syaitan kerana  syaitan  itu  adalah  musuh  yang  nyata. Apabila  direnungkan  pada  ayat  ini, bahawa  syaitan  sentiasa  akan  menyeru  kepada  kita  untuk  melakukan   kejahatan  dengan  mengamalkan  hanya  beberapa  amalan  wajib  sahaja  dan  meninggalkan beberapa  amalan  wajib  yang  lain.
 
4.      Ada  juga  golongan  yang  hanya  mementingkan  amalan  sunat  daripada  amalan  yang  wajib  seperti  melakukan  qiyamullail  sehingga  malas  melakukan  solat  subuh. Golongan  ini  juga  mengabaikan  amalan  wajib  yang  lain  dari  segi  taklif (tanggungjawab)  sebagai  ibu, ayah, suami, isteri. Selain  itu, golongan  ini  juga mengabaikan  tanggungjawab  sebagai  pekerja, pendidik  mahupun  majikan.
 
5.      Oleh  sebab  itu,  syaitan  adalah  musuh  yang  nyata  kepada  orang  beriman. Syaitan-syaitan  akan  sentiasa  berusaha  melakukan  apa  sahaja  kerana  sikap  mereka  yang  sentiasa  bertekad  untuk  menyesatkan  manusia  dan  satu  sikap  yang  amat  kuat  pada  syaitan  iaitu  sikap  tidak  mudah  putus  asa  untuk  menyesatkan  manusia.
 
6.      Hanya  orang  yang  kuat  imannya  dan  sentiasa  bermujahadah  akan  dapat  membendung  diri  mereka  daripada  hasutan  syaitan. Langkah  bagi  mengatasi  hasutan  syaitan  adalah  dengan  meningkatkan  ilmu  agama  dan  ilmu  yang  mendekatkan  diri  kepada  Allah  serta  banyakkan  berfikir  hikmah  di  sebalik  ayat  al-Quran  dan  sunnah  rasulullah.
 
7.      Sentiasa  mengingati  Allah  adalah  kunci  utama  untuk  melindungi  diri  kita  daripada  hasutan syaitan  dan ingatlah  bahwa  berfikir  untuk  islam  adalah  suatu  amalan  yang  menguntungkan  dan  tidak  merugikan  sesiapapun.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...