Wednesday, November 24, 2010

Hadis Qudsi

HADIBerfirman  Allah  taala:


Wahai  anak Adam,  berqanaahlah,  kamu  akan kaya.
Tinggalkanlah  hasad,kamu  akan  memperoleh  kerehatan.
Tinggalkanlah  perkara-perkara  yang haram,akan  murnilah agamamu.

Barang siapa  yang  meninggalkan perbuatan  mengumpat  akan lahirlah  kasih-Ku  padanya.

Barang siapa yang  berpisah daripada  manusia,dia  akan  selamat  daripada mereka.

Barang siapa  yang  sedikit perkataannya, sempurnalah  akalnya.

Barang siapa  yang  redha  dengan  harta  yang   sedikit,sesungguhnya  dia telah meletakkan kepercayaan kepada Allah taala.

Wahai  anak  Adam,engkau  tidak mengamalkan  perkara  yang  telah  engkau ketahui  bagaimana  engkau  menuntut  ilmu  yang engkau tidak ketahui.

Wahai  anak  Adam,engkau  beramal di  dunia ini  seolah-olah   engkau  tidak     akan   mati   esok  hari dan  engkau  kumpulkan  harta  seolah-olah  engkau akan  kekal  selama-lamanya.

Wahai  dunia,  Haramkanlah  orang yang  bakhil terhadapmu  dan   carilah orang  yang zuhud  padamu  dan jadilah dirimu  manis  pada  mereka yang  memandang.

                                                                               Petikan  Hadis  Qudsi,Kitab Imam  Ghazali,:
Al-Mawa'iz  Fil  Ahadis  al-Qudsiah















Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w.bersabda:
"Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara."
             (Riwayat  al -Bukhari dan Muslim)








Daripada Abu Musa al-Asya'ari r.a ,Nabi s.a..w bersabda:"Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dan mati."
(Riwayat Muslim)





Menangislah  hanya  kerana  Allah  taala yang berkuasa  memberi segala-galanya  tetapi  kita masih  tidak  bersyukur.






 
BERSAHABATLAH DGN HATIMU DAHULU DARIPADA BERSAHABAT DGN ORANG
 
 
 




 
 
HATI APABILA TIDAK MAHU KEPADA HIKMAH DAN ILMU DALAM TIGA HARI MAKA MATILAH HATI ITU.
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...