Tuesday, December 28, 2010

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum  buat para pembaca  yang dirahmati  Allah, sedikit perkongsian bersama melihat umat sekarang.Kita sering melihat mereka(daie)  memfokuskan isu seperti  idola kecil,akademi fantasia  dan  rancangan  hiburan yang lain  dan perkara itu telah merisaukan para pendakwah.Namun begitu kita perlu ingat  dan teliti dalam gerak kerja kita dalam berdakwah  kerna  jikalau difikirkan bahwa hanyalah satu penyedaran  kepada umat kita jikalau kita mengingatkan kita bahwa perkara itu salah  tapi persoalannya  adakah  kita selalu bersama mereka menyebarkan dan menyampaikan apa yang perlu.Adakah kita selalu membimbing  mereka ke arah kebenaran dengan menyebarkan risalah dan menunjukkan  sikap  yang baik.Mari  kita renungkan salah satu  wasiat  Imam  Hasan al-Banna :

Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

Jadi kita mestilah menunjukkan sikap seperti di atas kerna umat yang berjuang itu perlu bersungguh-sungguh setiap masa dalam merenangi kehidupan yang sebenarnya telah dipenuhi perkara syubhat.Seperti kata 2 di atas kita dapat lihat  bahwa kita perlu tidak banyak ketawa  kerna bleh memutuskan hubungan dengan tuhan,tidakkah begitu jadinya?Maka fikirkanlah balik apa yang perlu sebagai pejuang.Kita,kalau bergaul dalam perkara yang baik je,kalau mereka melakukan kemungkaran kita kena cegah dan kalau kita tidak mampu,kita kenalah beredar.Contohnya ada orang yang mengutuk rakan dan berkata perkara yang tidak baik,Apakah yang harus kita lakukan? Kita berdiam diri atau mengikut mereka atau meninggalkan mereka.Sepatutnya kita perlu memikirkan apa tindakan kita di saat itu,diam,tegur atau cegah.Banyak perkara yang kita perlu sedar dengan umat sekarang.Mereka tidak menghayati ilmu  kerna ilmu hanya dikira sebagai ilmu apabila dihayati dan buka sekadar pengetahuan.Maka rasakanlah ilmu dengan penghayatan dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...