Wahai rakanku yang tersayang,sesungguhnya aku amat menyayangimu dengan sepenuh jiwa atas dasar ukhwah atas keimanan. Walaupun begitu,aku dah cuba untuk menyayangi sebaik mungkin. Apakan daya manusia mana tidak mahu penghargaan.Kerna usahaku tidak langsung dihargai oleh mereka yang aku sayangi.Kalau adapun,dimanakah buktinya.Adakah aku terlalu buta meihat apa yang tersembunyi.Imanku bukan kuat sangat untuk menghadapi semua rintangan.Akhirnya ,aku mengasingkan diri mengikut manusia yang amat ku sanjungi sehingga aku mampu terus berjuang dalam medan dakwah yang penuh dengan ranjau serta duri yang memang menusuk jiwa dan kalbu ini.Wahai rakanku,adakah engkau sanggup memikirkan masalah ini dan menyelesaikannya dengan penuh kepercayaan bahwa aku pasti kembali kepada jalan yang pernah aku tempuhi dalam merenangi arena cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia hanya kerna Allah dan iman yang ada dalam hati yang sebenarnya amat mencintai mereka hanya kerana Allah.Tetapi,kerna ku silap kefahaman sehinggakan aku menjadi golongan yang tersungkur di jalan dakwah……ahhh,sedih betul apa yang terjadi.Sekarang aku mengasingkan diri di sini .Di sebuah sudut yang mana mereka tidak mengangguku dan aku tidak menganggu mereka. Aku keseorangan,aku tidak mempedulikan pelajar yang lain melainkan sekelas denganku dan satu tingkatan denganku.Aku amat kecewa dengan diriku dan ahli badan dakwah yang lain mengapa kurang menyokongku………
No comments:
Post a Comment