Sunday, May 20, 2012

Assalamualaikum,

buat para pembaca budiman.

setelah sekian lama,

saya memendam rasa,

maka taburlah rasa sedih dan gembira merata-rata bagi membahagikan rasa yang ada,

kepada sekeliling,

menjadi bunga yang mencantikkan suasana.


ALKISAH

Baru balik daripada sekolah menyampaikan beberapa tazkirah dan lawak.Sebelum itu,pergi ke mesyuarat untuk pelaksanaan kem di rumah seorang kawan di Kamunting.Alhamdulillah.setelah berbincang, terhasil beberapa penyelesaian dalam kem.Di samping itu,seperti biasa LEADER akan menusukkan kata-kata semangat yang memang menjadi adat resam dalam semua perkara dan kem.


KERAGUAN ITU DATANG LAGI

Apabila aku balik menjejak kaki.Ya,bermulalah mulut ibuku bergerak.Beliau menceritakan bahawa MAK TEH aku menelefon beliau dan menjelaskan bahawa lebih baik untuk memilih KUIS daripada KIAS kerana jwelas kelebihan yang ada pada KUIS.Tambahan lagi,beliau berpesan padaku bahawa MAK TEH aku menyruh aku menelefonnya kembali.Ya.Jawabku selamba kepada ibuku yang tercinta.Entahlah,mengikut percaturan aku bersama ayahku,bukankah sudah diputuskan di mahkamah meja makan bahawa aku tegas dan ayahku tegas untuk memilih KIAS di kelantan sebagai pilihan.



PILIHAN DI TANGAN ANDA

Bukankah aku masih tidak percaya kepada adik kepada ibuku yang tercinta.Aku masih ingat ! Tika suatu masa dahulu,semasa aku memilih untuk UPU,MAK TEH aku menasihatkan memeilih UIA sebagai pilihan yang teratas,malahn menyarankan aku untuk memilih kos UNDANG-UNDANG sebagai pilihan.Ya,aku memilih kos PENGAJIAN ILMU WAHYU bagi UIA tetapi masih tidak ketinggalan menyelitkan kos UNDANG-UNDANG sebagai pilihan.



SAAT-SAAT DITUNGGU

YA.Aku tergesa-gesa dan berasa sedikit berdebar-debar.MUngkin.Aku memasukkan nombor kad pengenalan aku.Ya.aku masih menunggu sementara bulatan hijau di situ berpusing menandakan masih dalam proses mengakses maklumat.Apa jawapan komputer dan sistem.

Dan ini jawapannya :


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA & Politeknik Premier
Sesi Akademik 2012/2013
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD : 123456789
NAMA : lalalalalalalalalalalala
Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam Permohonan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2012/2013


PESANAN

Aku masih insan yang sedang mencari.Maka solat istikharah adalah jalan terbaik untuk kita meminta result daripada Allah.Ya.Pilihan kepada kita untuk yang terbaik adalah jawapan daripada Allah.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...