Monday, May 28, 2012

PILIHAN DI TANGAN ANDA !


Jalan  yang  lurus
Jalan yang dimurkai  oleh Allah
Jalan yang sesat
Yakin sepenuh jiwa Allah sahaja Pencipta,Pemelihara dan Pemberi rezeki. Allah yang disembah untuk memohon semua nikmat dan pertolongan.
Percaya Allah patut disembah tetapi masih mengharapkan doa dan pertolongan selain Allah seperti kepada manusia yang dianggap wali,makhluk-makhluk yang dianggap suci mempunyai kuasa dan lain-lain.
Yakin kepada daya dan fikiran sendiri untuk menetukan kehidupan tanpa ada kuasa ghaib yang disebut tuhan boleh mempengaruhi  kehidupannya.
Sangat teliti dan berjati-hati dalam segala amalan supaya tidak melanggar larangan-larangan Allah.
Mengambil ringan larangan Allah. Ikut atau ingkar mengikut sedap sendiri.
Apa-apa larangan baik dari segi agama,budaya yang dianggap sebagai penghalang kemajuan hidup.
Patuh dan tekun melaksanakan suruhan Allah. Contohnya,solat tepat pada waktu dan khusyuk melaksanakannya.
Cuai dan lalai melaksanakan suruhan Allah. Solat ikut suka dan malas.
Kepuasan hidup sebagai penentu sama ada peraturan atau larangan agama perlu atau tidak dipenuhi.
Sentiasa menyedari kelemahan diri dan segera memohon maaf jika  tersilap.
Mudah emosi dan melenting jika ditegur kesalahan dan cuba mencari alasan.
Terlalu mengejar kejayaan dunia dari segi kekayaan,kuasa dan populariti.
Insaf diri sebagai hamba Allah. Sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan bersabar menghadapi dugaan.
Berasa diri lebih istimewa berbanding orang lain oleh kerana harta, kedudukan, pangkat. Mudah merungut jika tidak senang hati. Lokek dengan lafaz”alhamdulillah”dan syukran.
Berasa kejayaan adalah hasil usaha dan kepandaian sendiri,berasa megah, bangga dan istimewa.
Sentiasa menjaga kehormatan diri sama ada dari segi penampilan,pertuturan dan perbuatan. Sentiasa tenang dan mengawal emosi.
Lebih mementingkan  bergaya dari segi penampilan, pertuturan  dan perbuatan. Bercakap dan buat ikut sesuka hati.
Penampilan,pertuturan dan perbuatan yang menawan,mengasyikkan,memukau adalah lebih penting dari segalanya.
Amat waspada melaksanakan tanggungjawab agar tidak melanggar amanah dan
janji-janji.
Amanah dan janji dipandang ringan,boleh dipermainkan dan sanggup melanggarnya untuk kepentingan diri sendiri.
Kepentingan diri mengatasi segala-galanya.
Murah hati dengan bantuan sama ada dari segi kewangan,masa atau tenaga.
Sangat berkira-kira jika memberi bantuan dan mudah mengingatkan dan mengungkit bantuan-bantuan yang diberi.
Percaya setiap bantuan yang diberi tidak mendatangkan faedah,malah menganggap penerima akan menjadi malas dan tidak mahu berusaha.
Sentiasa menjaga silaturahim dengan ibu bapa,kaum kerabat,jiran dan sesama insan.
Memilih-milih hubungan dengan manusia lain berdasarkan kepentingan dunia.
Menganggap orang lain yang memerlukan hubungan baik dengannya sebab kekayaan dan pengaruh yang ada pada dirinya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...