Pergaulan antara lelaki dan
wanita “ikhtilat”: Apa sempadannya?
Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita
telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari
busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran
Islam.
Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat
“pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang
mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh kerana itu
ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat
di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula
dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita
bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa
dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud: “Dan tetaplah kamu
di rumah-rumah kamu.”
Apakah ikhtilat itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum
pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil,
skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja,
di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan
kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka
dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini
diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”.
Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu
terlebih dahulu menghurai perkataan ikthilat dari segi bahasa dan syariat.
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan,
menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah syariat yang dimaksudkan dalam
perbahasan ini ialah:
§ Percampuran wanita
dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk
kumpulan atau bersendirian.
§ Percampuran di satu
tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan
dan bertegur sapa.
Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?
Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan
berikut:
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam
bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki
sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya
tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan
lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan
lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak
begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan
harus.
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara
leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib
dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh
Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ yang masyhur
menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:
Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang
disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafie: Tidak
ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat
atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan-keadaan dhorurat,
seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi
bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi
keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah
yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan
menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk
menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam
mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang
dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh
syarak. Harus bagi wanita
bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih
barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara
adab-adab pergaulan.
2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim
dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi
az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang
percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi
dan lain-lain.
3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita
menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti
dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan
diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan
dalam kitabnya `al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab r.a. telah melantik
al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur
dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu
bersama suaminya dan jika ada alasaan yang syar’ie seperti tujuan memuliakan
tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis
Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w. dengan
menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.
6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan
bersamanya. Harus bagi wanita
makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang
syar’ie Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan
Rasulullah s.a.w dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit,
mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama
banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu
untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah
kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur
dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya,
membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam
yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki
ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan
oleh keperluan yang syar’ie.
8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu
jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara
tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari
menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama
Nabi s.a.w. merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh
ke Madinah.
9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan ,
ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah
selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan
menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat
kebiasaan. Tersebut dalam
kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau
lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan
tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut.
Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama
suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu
menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan
berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada
satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab
Islamiah.
Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanita
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam
suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan
disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan
mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki.
Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat
kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik,
amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran
dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam
lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.
1. Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah
kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan
kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan
sia-sia.
2. Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh
lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana
takutkan fitnah.
3. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan
daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau
tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Imam
Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah
sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia
mahramnya.
4. Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah
perkara yang meragukan kamu…. (Riwayat Bukhari). Adab khas untuk wanita.
5. Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah: Wahai Nabi
katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab
mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana
kaum jahiliah bertabrruj.
6. Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau
bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu
merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka
yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
7. Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan
liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka
menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka
sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara
majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati
syarat-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment