Monday, May 28, 2012

TAZKIRAH # 1

 
FIRMAN  ALLAH :

208.  Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 

AL-BAQARAH 2:208.

1.      Ayat  ini  menjelaskan  bahwa  umat  islam  perlu  masuk  atau  sertai  perdamaian  dengan  sepenuhnya  dan  janganlah  bermusuh-musuhan  sesama  umat  islam  kerana  orang  beriman  itu  bersaudara. 


2.      Ayat  ini  juga  turut  menjelaskan  bahawa  umat islam  perlu  masuk  ke  dalam  islam  dengan  sepenuhnya  serta  mengamalkan  syariat  dengan  sepenuhnya  dan  tidak  mengambil  sebahagian  untuk  diamalkan  dan  meninggalkan  sebahagian  yang  lain.
 
3.      Selain  itu, ayat  ini  membawa  erti  agar  jangan mengikut  jejak  langkah  syaitan kerana  syaitan  itu  adalah  musuh  yang  nyata. Apabila  direnungkan  pada  ayat  ini, bahawa  syaitan  sentiasa  akan  menyeru  kepada  kita  untuk  melakukan   kejahatan  dengan  mengamalkan  hanya  beberapa  amalan  wajib  sahaja  dan  meninggalkan beberapa  amalan  wajib  yang  lain.
 
4.      Ada  juga  golongan  yang  hanya  mementingkan  amalan  sunat  daripada  amalan  yang  wajib  seperti  melakukan  qiyamullail  sehingga  malas  melakukan  solat  subuh. Golongan  ini  juga  mengabaikan  amalan  wajib  yang  lain  dari  segi  taklif (tanggungjawab)  sebagai  ibu, ayah, suami, isteri. Selain  itu, golongan  ini  juga mengabaikan  tanggungjawab  sebagai  pekerja, pendidik  mahupun  majikan.
 
5.      Oleh  sebab  itu,  syaitan  adalah  musuh  yang  nyata  kepada  orang  beriman. Syaitan-syaitan  akan  sentiasa  berusaha  melakukan  apa  sahaja  kerana  sikap  mereka  yang  sentiasa  bertekad  untuk  menyesatkan  manusia  dan  satu  sikap  yang  amat  kuat  pada  syaitan  iaitu  sikap  tidak  mudah  putus  asa  untuk  menyesatkan  manusia.
 
6.      Hanya  orang  yang  kuat  imannya  dan  sentiasa  bermujahadah  akan  dapat  membendung  diri  mereka  daripada  hasutan  syaitan. Langkah  bagi  mengatasi  hasutan  syaitan  adalah  dengan  meningkatkan  ilmu  agama  dan  ilmu  yang  mendekatkan  diri  kepada  Allah  serta  banyakkan  berfikir  hikmah  di  sebalik  ayat  al-Quran  dan  sunnah  rasulullah.
 
7.      Sentiasa  mengingati  Allah  adalah  kunci  utama  untuk  melindungi  diri  kita  daripada  hasutan syaitan  dan ingatlah  bahwa  berfikir  untuk  islam  adalah  suatu  amalan  yang  menguntungkan  dan  tidak  merugikan  sesiapapun.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...