Monday, May 28, 2012

TAZKIRAH # 2


FIRMAN  ALLAH :
31.  Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

32.  Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".

ALI ‘IMRAN  3:31-32

1.      Ayat  ini  menjelaskan   jika  benar-benar  kita  mengasihi  Allah,  maka  kita  mesti  dan  wajib  mengikuti  rasulullah  dan  Allah  akan  mengasihi  orang  yang  mengikuti  rasulullah  dan  mengampunkan  dosa  mereka. Sesungguhnya  Allah  maha pengampun  dan  maha  penyayang.

2.      Ayat  32  menjelaskan  bahawa  kita  wajib  taat  kepada  Allah  dan  rasulullah  walau  dalam  apa  jua  cara  dan  perkara  yang masih  dalam  lingkungan  syariat  Allah  berdasarkan   al-Quran  dan  as-sunnah. Kita  perlu  bersederhana  dalam  ibadat  kita  dan  mengikut  seperti  apa  yang  rasulullah  lakukan  yang  dipanggil  dalam islam sebagai  wasatiyyah  yang  bermaksud  kesederhanaan. Sikap  tidak  melampau  dalam   beribadat  adalah  satu  kesederhanaan  dalam  hidup. Maka kita  perlu  melakukan  ibadat  dengan  penuh  tawadhuk  dan  merendah  diri  kepada  Allah.

3.      Dalam  hal  keduniaan,  kita wajib  mengikuti  syariat  yang  telah  ditetapkan  kerana  islam  adalah  ad-din. Maksud  islam  sebagai  ad-din  adalah  islam  sebagai  cara  hidup. Jika  kita  mencipta  teknologi, mestilah  mengikut  syariat  Allah. Sesungguhnya,  kita  mungkin   lebih  arif  dalam  bidang  dan  kerja  kita  tetapi  janganlah  melanggar  etika  yang  ditetapkan  islam  dalam  apa  jua  pekerjaan. Ikhlas  dan  mengikut  syara’  adalah  syarat  untuk  suatu  pekerjaan  menjadi ibadat  kepada  Allah. Ingatlah,  bahawa  ikhlas  dalam  melakukan  pekerjaan  hanya    kerana  Allah  adalah  suatu  tanda  pengabdian  kepada  Allah.

4.      Barangsiapa  yang  berpaling  daripada  jalan  Allah  dan  rasulullah, maka  mereka  adalah  golongan  yang  sesat  dan   menyesatkan. Sesungguhnya  Allah  tidak  mengasihi  orang-orang  yang  kafir. Manakala  golongan  munafik  pula  adalah  golongan  yang  dibenci  oleh  Allah  juga. Mereka  mengaku  islam  tetapi  hati    mereka  kufur  terhadap  Allah. Sebagai  contoh, Abdullah  bin  Ubai, ketua  munafik  di  madinatul  munawwarah, diceritakan  di  dalam  sirah  rasulullah  bahawa  dia  sentiasa  melakukan solat  berjemaah  di  belakang  rasulullah. Dia  sentiasa  memakai  serban,jubah  dan  amat  taat  dalam melakukan  sunnah  rasulullah  dari  segi  pakaian. Di  depan  sahabat, dia  memuji  para  sahabat  tetapi  apabila  kembali  kepada  kaumnya, dia  mengutuk  dan  mengeji  sekeji-kejinya para  sahabat  di  depan kaumnya. Maka  jauhilah  sifat  munafik  dan buanglah  jika  kita  mempunyai  sifat  seperti  berikut = 1.bila  berkata-kata,menipu.2.mungkir  janji  apabila  berjanji.3. Apabila  diberikan  amanah,berlaku  pecah   amanah. 4.apabila  bergaduh,berlebih-lebihan (tidak  mahu  berdamai).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...