FIRMAN ALLAH :
44.
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidaklah kamu berfikir?
Al-Baqarah
2:44
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah
kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu
mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
As-Shaff 61:2-3
2. Hal ini boleh mnejadi fitnah buat para pendakwah yang hanya menyeru kebaikan tetapi tidak mengamalkan sebagaimana yang diseru. Sikap ini akan menjejaskan imej para pendakwah yang lain dalam kalangan kita. Allah juga mengingatkan dalam ayat kedua dalam surah as-Shaff yang menjelaskan persoalan kenapa memperkatakan apa yang tidak dilakukan.
3. Amalan ini perlu dijauhkan daripada diri kita. Langkah yang perlu diambil adalah sentiasa berusaha menerapkan ajaran al-Quran dan sunnah rasulullah dalam diri kita dan rakan-rakan kita dalam usaha untuk menggapai redha Alah dan usaha untuk memperjuangkan islam dengan lebih kamil dan syumul. Cara yang terbaik adalah dengan sentiasa bermujahadah dengan nafsu diri sendiri dan sentiasa beristiqamah dalam memperbaiki amalan wajib dengan lebih sempurna.
4. Maka perlulah diingati bahwa Allah amat membenci golongan ini kerana hanya menyeru dan tidak mengamalkan kebaikan. Azab bagi mereka adalah amat pedih. Tali perut mereka akan diputar seperti pengisar gandum di neraka nanti.
5. Oleh itu, rasulullah menjadi tauladan kepada kita kerana sentiasa menunjukkan contoh akhlak yang berdasarkan al-Quran. Rasulullah sentiasa akan melakukan sesuatu perkara kebaikan sebelum menyuruh para sahabat melakukannya. Itulah contoh yang ditunjukkan orang yang teragung di dunia ini. Moga Allah meredhai kita dengan rahmat-Nya.
No comments:
Post a Comment