FIRMAN ALLAH :
267. Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah
(di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari
apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu memilih yang
buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau
mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. dan Ketahuilah,
bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
268. Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu
dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah
menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia[170]. dan Allah Maha luas
(karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.
[170] balasan yang lebih baik dari apa yang dikerjakan
sewaktu di dunia.
Al-Baqarah 267:268
2. Ayat 268 pula menjelaskan bahawa syaitan menjanjikan kemiskinan kepada orang bersedekah (menghasut bahawa jika bersedekah akan mengurangkan harta) dan menyuruh manusia melakukan kemungkaran sedangkan Allah menawarkan keampunan kepada orang yang bersedekah hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sesungguhnya amalan sedekahadalah satu amalan yang amat mulia di sisi Islam. Amalan sedekah dapat menyucikan harta,membersihkan hati,menggugurkan dosa,membuang sifat bakhil dan menyenagkan hati orang yang ditolong dengan sedekah itu. Maka,digalakkan kepada umat Islam untuk bersedekah didalam perjuangan Islam. Apa jua yang berkaitan dengan perjuangan Islam,berikanlah bantuan dari segi kewangan,masa dan tenaga.
3. Allah akan memberikan keampunan kepada orang yang bersedekah ikhlas kerana Allah taala. Tambahan lagi, Allah akan menambah keberkatan pada harta itu dengan rahmat Allah yang maha luas dan melipat gandakan harta yang dimiliki oleh pemberi sedekah. Tetapi awas dengan hasutan syaitan yang membisik ugutan bahawa kita akan mengalami miskin jika bersedekah serta menginfakkan harta di jalan Allah. Maka apabila terlintas di lubuk hati kita tentang perkara sebegitu,maka cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah dan ingat bahawa kita adalah hamba yang sangat hina. Selain itu,sifat syaitan juga suka menyeru dan menghasut manusia untuk melakukan kemungkaran terhadap Allah. Perkara kemungkaran adalah seperti mengkhianati Islam,menghina para sahabat dan ulama,tidak menutup aurat,mengumpat dan tidak suka solat berjemaah. Kita sebagai muslim dan mukmin, seharusnya menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar yang membawa kita jauh daripada Allah malhan mendekat kita ke neraka Allah taala. Semoga Allah merahmati kita semua.
No comments:
Post a Comment