Friday, June 22, 2012

rEnunGan 1


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Kembali !

Di kala semua orang  mula merasai kehangatan ukhuwah yang dibina dengan usrah.Usrah di tempat aku masih belum berjalan.Usrah di KIAS adalah satu aktiviti yang wajib dihadiri kerana dikira sebagai markah untuk graduasi.Alhamdulillah,itu antara perkara yang mengukuhkan matlamat aku untuk terus berada di KIAS.Insya Allah,Allah akan meneguhkan jiwa hamba-Nya.Bagi aku,persoalan air berkarat bukanlah penghalang bagiku untuk tidak terus berada si bumi serambi mekah ini.Kerna bersaksikan mata aku sendiri,aku melihat mereka (orang kelantan),sungguh beradab dengan orang luar Kelantan.Insya-Allah,itu adalah antara ciri-ciri mereka yang anda akan dapat lihat disana nanti.

Bagi sesetengah orang ,mungkin akan berasa nak pindah apabila melalui minggu orientasi yang agak padat dengan aktiviti yang mungkin agak “bosan”. Maklumlah,aktiviti dipenuhi dengan ceramah-ceramah yang  menjelaskan tentang IPT sahaja.Manusia sentiasa akan berasa bosan dengan apa yang ada di dunia ini.Kerna  Allah sudah menceritakan di dalam al-Quran bahawa dunia ini hanya tempat bermain dengan tempat yang melalaikan sahaja.Tidak keterlaluan saya mengatakan kita adalah hamba yang cukup lemah dengan godaan dunia.Kadang-kadang aku melihat,mereka yang mempunyai laptop di depan mata selalunya akan tidak berkunjung tiba di Masjid Kampung Laut untuk menunaikan solat berjemaah.Maka,aku cuba untuk mengambil inisiatif unuk melawat mereka di bilik masing-masing untuk mengingtkan mereka agar bersolat.

Ujian di ipt memang tinggi.Alhamdulillah,aku masih merasa masa untuk rehat di sana.Jika aku mahu tidur,Allah member aku kesempatan untuk lelap tetapi kelelapan yang bermula pukul tiga terlajak sehingg pukul 6 ! Ini adalah sesuatu perkara yang memalukan bagiku sebagai  pejuang Islam.Maka,telah terbukti bahawa aku masih belum bersedia sepenuhnya untuk turun ke masyarakat.Aku perlu berusaha untuk memantapkan diri aku untuk berjuang di jalan Allah.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...