Monday, June 25, 2012

Renungan 2


Usrah ! Dimanakah engkau ?

Alhamdulillah, sudah ku lihat kebanyakan naqib mula mencari anak-anak usrah mereka di sini. Untuk pengetahuan umum,ahli usrah akan dicari sendiri  oleh naqib  mereka. Maka,bertebaranlah naqib ke merata bilik mencari ahli usrah mereka. Cuma,naqib aku sahaja yang masih tidak mencari kumpulan kami. Dan aku masih tidak berputus asa untuk belajar  tentang kehidupan di sini.

Suasana Islam : Membangun Bersama Islam

Suasana yang dibina oleh seorang ulama besar di Malaysia amat mengagumkan aku. Beliau adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagi aku yang hanya sebagai seorang penuntut ilmu sudah mahu dan teringin untuk berjumpa dengannya. Maka,aku pergilah ke tempat kuliah  TG di Kota Bharu bagi mendengar kuliahnya pada hari jumaat. Tetapi rezeki dan hajat aku tidak kesampaian kerana TG uzur pada hari itu dan tidak memberi  kuliah. Aku hanya sempat mendengar Ustaz Yb Amar Abdullah yang bagi kuliah.Apapaun aku bersyukur ke hadrat Allah kerana aku berpeluang sendiri melihat suasana Islam yang terbina di negeri Kelantan yang dikenali sebagai negeri Serambi Mekah.

Amanah Dr Abdul Basit

Sebagai  salah seorang anak murid Dr Abdul Basit,Dr sendiri mengamanahkan kepada anak muridnya di Diploma Syariah semester 1(2012/2013) pada 25/06/2012,semalam. Bahawa kamilah generasi yang perlu membasmi pemikiran sekularisme yang terlalu banyak menyusup ke dalam pemikiran rakyat Malaysia. Selain itu,Dr juga menceritakan tentang keadaan bahawa rakyat Indonesia yang hanya memakai seluar pendek,muslimin mahupun muslimat,untuk menunaikan solat di surau awam.Apabila ditanya salah seorang daripada mereka,jawaban mereka adalah aurat adalah soal mereka dengan Allah sahaja.Asalkan solat kerana memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim mahupun muslimat sahaja.

Berita yang menggembirakan.

Dr Mohamad Mursi diumumkan  oleh SPR Mesir sebagai Presiden Mesir  baru yang rasmi. Alhamdulillah,itu adalah satu kejayaan gerakan Islam yang melalui pelbagai rintangan yang banyak.Tahniah saya ucapkan kepada Ikhwanul Muslimin. Kata-kata Syed Qutb menjadi kenyataan akhirnya. Beliau  menjelaskan bahawa fajar Islam akan menyinsing.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...