Monday, July 2, 2012

RENUNGAN 3


Assalamualaikum warahmatullah,

Salam perjuangan,

Hari ini,

Aku mendapat satu cerita yang amat memberi kesan kepada diri aku. Satu kisah yang amat membina bagi kita yang kurang menyedari kelemahan diri dan bagi yang hanya melihat kelebihan diri lebih daripada orang lain.
SEORANG  PELAJAR POLITEKNIK MASUK KIAS…

Kawanku ini berasal daripada Kedah. Dia adalah orang yang agak sempoi jugak lah. Melawak memang pedas standard orang utara macam aku lah. Apapun, suatu malam (baru sekejap tadi),dia bertanya kepada aku,kenapa masuk KIAS ? aku menjawab soalannya dengan ringkas sahaja. Dia memulakan ceritanya bahawa dia mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaran bahagian kapal terbang, di samping mendapat tawaran ke KIAS. Ibunya amat mengharapkan sangat agar dia memasuki KIAS berbanding pelajaran di bahagian kapal terbang. Atuknya turut menyokong cadangan itu kerana Nilampuri (lokasi KIAS)terkenal dengan pusat ilmu di Kelantan. Maka,tidak ketinggalan bagi kakaknya untuk termasuk dalam episod ini,kakaknya mencadangkan kepadanya agar meneruskan agendanya untuk ke bahagian pelajaran kapal terbang itu kerana prasana di KIAS agak “kurang” dan tidak lengkap. Jawabnya,kepada kakaknya kebiasaan bagi  sekolah agama tidak mempunyai prasana yang kurang baik. Tambahan pula,dia adalah seorang pelajar spm yang agak cemerlang kerana mendapat 5A dalam  spm.Aku agak terkesima..!

ISTIKHARAH SEORANG HAMBA…

Maka,di kala seseorang hamba itu berasa dalam dilema dan kesusahan pastinya mereka memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dalam memilih yang terbaik buat mereka. Sesungguhnya apabila kawanku ini membuat istikharah,maka Allah memberatkan hati hambaNya untuk ke KIAS. Alhamdulillah,walau ujian yang datang bertalu-talu semasa berada di KIAS pada awalnya, dia masih mentapkan hatinya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah agar terus berjuang untuk menegakkan agama Allah ini.

TERSEDAR !

Aku tersedar daripada lamunanku bahawa seorang pelajar yang mendapat 5A dalam spm ada di KIAS, memang hebatlah kan.Aku pun hanya 3A jer. Hanya Allah taala yang maha mengetahui akan keadaan aku yang hanya mari ke sini semata-mata nak berubah daripada seorang yang agak kotor dan kurang berpengetahuan dalam perjuangan dan berdakwah di jalan Allah dengan berhikmah. Aku datang ke sini kerana aku yakin bahawa tarbiah di sini amat bagus sangat. Tetapi,aku masih meragui kerana usrah aku masih tidak berjalan walaupun sudah 2 minggu masa belajar sudah berlalu pergi. Masuk hari Ahad ini,akan masuk minggu ke-3,maka aku akan menunggu janji naqib aku untuk berusrah dan berkenalan (taaruf) iaitu rukun usrah  yang amat penting dan paling atas dalam rukun usrah.

USRAH ADALAH SATU JALAN PENGISIAN HATI YANG KECEWA DAN KOSONG ?

Ya, memang benar. Apabila kita berasa kecewa dan kosong jiwa kita. Selalunya,kita sebagai anak usrah dan ahli usrah akan berjumpa dengan naqib. Itulah yang sedang ku dambakan daripada seorang naqib. Pengisian yang berisi rasa-rasa cinta kepada Allah. Membawa kami (ahli usrah) semakin mengenali Allah. Sudah lama aku menjadi naqib. Aku ingin menjadi ahli usrah juga. Ahli usrah yang baik dan setia kepada jemaah Islam. Ya,itulah yang aku mahu. Moga Allah mengabulkan permintaan aku ini.

PUJIAN DARIPADA SEORANG NAQIB..

Rakanku daripada Sabah pula menceritakan bahawa apabila ditanya kepada naqibnya  tentang naqibku yang bernama Akh …………. . Naqib rakanku itu memuji bahawa naqibku adalah seorang yang hebat dan amat baik penyampaiannya kerana sarat dengan ayat al-Quran dan hikmah. Insya-Allah,aku  berharap itu adalah realitinya. Amiin. Aku masih berjumpa dengannya sudah mendengar kehebatannya. Apatah lagi berjumpa ! Agak teruja sebagai ahli usrah..!

Bersambung …..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...