Monday, July 30, 2012

Cetusan Minda

Assalamualaikum.
Alhamdulillah ke hadrat Allah masih dikurniakan nikmat kehidupan dalam bulan Ramadhan yang mulia. ini.

SATU SOALAN


Pada pukul 1 pagi lebih, tiba-tiba masuk mesej yang sering menghinggap handset yang biasa itu.
Soalan yang tiba adalah soalan seperti berikut :

Salah x kalau niat ibadah sbb nk pahala ngan syurga..

Soalan yang agak mencabar kerana anda perlu  mengerah ilmu tasawuf anda !
Alhamdulillah. selepas merenung sekelian lama maka jawapan ditemui.

TASAWUF

Ilmu yang cukup rumit dan amat berhati-hati dalam amalan fardhu dan sunnah.Ilmu yang menitikberatkan langkah berhati-hati dalam melakukan amalan fardu mahupun sunnah. Ilmu yang amat menjaga niat di hati seperti ikhlas dan kita akan belajar mengelakkan riak dan takabbur serta penyakit hati yang lain.

Lantas jawapanku :

Niat ibadah sebab nak pahala dengan syurga adalah wajib bagi orang yang mencapai tahap iman yang biasa atau dalam istilah tasawuf dipanggil imam orang awam. Kerana sikap orang beriman itu inginkan kebaikan untuk dicapai.Maka perlulah orang yang beriman itu berusaha ke arah yang lebih baik atau ilmu lebih baik iaitu mencapai redha Allah dengan beribadah. Maksudnya orang beriman itu melakukan ibadah dengan bertujuan untuk mencapai redha Allah. Selalunya orang yang mencapai tahap ini akan berusaha untuk melaksanakan ibadah dengan mengharapkan redha Allah.

SALAHKAH BERIBADAH KERANA PAHALA DENGAN SYURGA?

Tidak salah beribadah kerana pahala dengan syurga kerana  Rasulullah menjanjikan kepada sahabat Rasulullah perkara yang sama iaitu syurga dan pahala. Tetapi itu adalah antara tujuan kita (syurga dan pahala) maka perlulah kita ingat bahawa hanya dengan Redha Allah, semua (umat Islam) akan masuk syurga. Hanya dengan Rahmat Allah, kita akan memasuki syurga Allah s.w.t.

Maka dengan Rahmat Allah  dan Redha Allah sahaja yang memasukkan kita dalam Syurga Allah. Sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya capailah Redha Allah dengan sebaik-baiknya.

PENDAPAT YANG MENGATAKAN BAHAWA INI SYIRIK ?

Ya, mungkin kita mendengar pendapat ini. Pendapat ini mengambil iktibar daripada kaedah Allahu Ahad. Allah itu Esa. Maka, kita jelas bahawa tiada tuhan selain Allah. Maknanya Allah s.w.t perlu menjadi tujuan kita bukanlah syurga dan pahala.

Ya, memang benar Allah adalah tujuan kita maka kita perlu bergantung untuk melakukan ibadah hanya kerana nak mencapai redha Allah tetapi berapa ramaikah yang boleh memulakan ibadah jika melihat kepada redha Allah. Mereka kurang kefahaman tentang perkara sebegini. Maka, tidak salah bagi orang tidak mencapai pengetahuan yang tinggi untuk tidak memegang pendapat tentang redha Allah. Tetapi manusia yang berada di tingkat pengetahuan ini perlulah(hukumnya wajib) meningkatkan pengetahuan mereka sehingga memahami bagaimana redha Allah itu dan cara untuk mengecapinya.

Wallahua'lam.
Salam Membangun Bersama Islam.
Asqalani@ymail.com
Sedang belajar Diploma Syariah Di KIAS.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...